Saturday 18 May 2013

MAHFUZ KENA INGAT, KEDAH BUKAN LAGI NEGERI PAKATANI!!!


Tolong ingat la sikit ye. Kedah bukan lagi dibawah pemerintahan Pakatan Haramjadah tu. Jadi, jangan la diorang ingat boleh suka - suka hati je nak guna stadium.

Kalau nak guna stadium buat ceramah perdana, buat majlis kesyukuran tahan la jugak. Ini nak guna untuk menghasut rakyat menda kejadahnya!!!

Ingat! PAS Kedah sendiri dah mengakui bahawa mereka akur dengan keputusan Pilihan Raya yang telah diumumkan sebelum ini. Jadi, tak payah la Si Ketua Penipu tu nak buat kerja yang bukan - bukan pulak!!! Buat mengabihkan masa je!!!
ALOR SETAR -  Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima. 

"Kalau setakat nak berhimpun tidak ada masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.

No comments:

Post a Comment