Sunday 19 May 2013

APA CITER? HUTAN CAMERON HIGHLAND TERUS DIGONDOL!!!


SH mintak pihak berkuasa pantau aktiviti ini. Penduduk di Cameron Highland perlu sekat dan bantah aktiviti yang diluar kawalan seperti ini.

Tambaha pulak, aktiviti seperti ini pasti didalangi oleh puak - puak yang tolak Barisan Nasional sebelum ni. Jadi, apa perlunya pihak Kerajaan bagi muka pada diorang? Heret dan seret je orang yang buat kerja haramjadah tu ke muka pengadilan!!!
CAMERON HIGHLANDS: Aktiviti pembersihan tanah mapan berterusan pada skala yang mengejutkan di sini, dengan kawasan hutan yang dianggarkan berkeluasan beberapa saiz padang bola sepak ditebang bagi memberi laluan kepada penukaran projek pertanian.
Sebahagian besar kerja-kerja pembersihan tanah itu berlaku jauh daripada pandangan awam.
Aktiviti pembersihan hutan yang berlaku berhampiran dengan Pos Terisu itu dianggarkan membabitkan sekurang-kurangnya empat bukit dan lembah.
Sesetengah daripadanya tidak lagi menyerupai bukit apabila puncaknya mula diratakan bagi memudahkan petani menanam sayur-sayuran.
Tinjauan The Star menunjukkan pekerja mengendalikan mesin pada hujung minggu walaupun tidakan itu adalah sesuatu yang dilarang.
Hakisan yang berlaku juga menjejaskan banyak sungai, dengan air yang mengalir perlahan akibat saluran tersumbat apabila kelodak masuk ke dalam sungai.
Proses penggondolan hutan itu juga dilakukan di kawasan yang mempunyai cerun yang sangat curam yang boleh mengakibatkan tanah runtuh sekiranya hujan.
Buktinya jalan yang menghala ke kawasan ini dipenuhi dengan lubang besar malah terdapat juga bahagian yang telahpun runtuh.
Presiden Persatuan Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata, aktiviti pembersihan bukit di kawasan itu mula dilakukan dalam tempoh kurang daripada sebulan yang lalu yang menjangkau lebih 40 hektar.
Katanya, beliau telah membuat tinjauan beberapa kali ke kawasan itu dan mendapati aktivinya makin dipercepatkan semasa pilihan raya umum yang lalu.
"Kakitangan Pejabat Tanah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini menjadi penyebab pihak terbabit bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu, termasuk membawa masuk jentera berat yang dilarang," katanya, sambil menambah bahawa sebanyak tiga jengkaut dan 20 traktor dikesan berada di satu kawasan.

No comments:

Post a Comment