Monday 20 May 2013

AKHIRNYA, NURUL IZZAH TAMPIL MEMBEBASKAN 'KEKASIH GELAP'!!!

 
Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.

Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.

Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.

Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media. 

Ps: Dalam banyak - banyak cara untuk diorang buat, cara MURTAD tu jugak jadi pilihan ye? Bukannya diorang tak tau. Candle Vigil ni pendekatan agama Kristian.

Bukan ke umat Islam DILARANG untuk meniru atau mengikut - ikut pendekatan agama lain selain dari agama Islam sendiri? Bukan ke itu perbuatan SYIRIK?

Yang paling kita sedih, kenapa PAS sendiri tak buat Solat Hajat dan bermunajat kepada Allah S.W.T agar ditunjukkan Kebenaran? 

Ini tidak. Diorang setakat kecam macam tu je? Dan tambah memalukan ialah apabila diorang pulak sokong perbuatan Candle Vigil ni. Itu ke yang dikatakan sebagai perjuangan Islam?

No comments:

Post a Comment