Monday 20 May 2013

APA??? 3 MAUT DI KILANG RADIASI??? BACA DULU!!!


Gempar beb!!! Hari ini diberitakan kononnya ada tragedi maut di kilang yang KONONnya memproses bahan Radiasi dekat Gebeng tu. Ketiga - tiganya disahkan mati.

Dari apa yang disampaikan, satu maut apabila tergelincir sewaktu sedang memanjat dinding lalu terjatuh ke tanah akibat kaki tersalah pijak.

Yang satu lagi maut apabila berada terlalu berada dekat dengan sumber elektrik bervoltan tinggi dan menyebabkan renjatan elektrik.

Tapi mangsa yang ketiga ini paling ngeri. Mangsa didapati maut apabila ditembak oleh pihak keselamatan kerana menceroboh pejabat tanpa kebenaran.

Dari siasatan lanjut, ketiga - tiganya maut tanpa melibatkan sebarang radiasi. Pakar radiologi mengesahkan perkara tersebut sebelum mangsa dikebumikan.

|

|

|

Salah satu mangsa yang ditemui. Ngeri beb...
Ketiga - tiga BANGKAI CICAK itu kemudiannya dicampak ke dalam sungai berhampiran. Puak - puak Himpunan Kahak Hijau yang diketuai oleh Wong Tak digesa untuk membuat demonstrasi jalanan bagi mengenang kematian ketiga - tiga ekor cicak itu!!!

Ps: Penyudahnya, jadi bahan lawak je la puak - puak Kahak Hijau ni. Dah la kalah dalam Injuksi, kalah pulak dalam PRU. Sekarang jangan pulak dia meroyan tak tentu arah!!! Hahaha...

No comments:

Post a Comment