Sunday 19 May 2013

KHALID GEREJA PULAK TENYEH TONY PUAKA!!!


Pas Selangor menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua sebagai salah faham berhubung isu senarai Exco yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut nisbah 4-3-3.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dalam mesyuarat yang telah diadakan pada Khamis lalu Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah membuat dua opsyen mengenai senarai nama Exco untuk dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, salah satu opsyen itu menyenaraikan lima Exco daripada calon Melayu dan lima daripada bukan Melayu.

Beliau turut menjelaskan opsyen menjadi pilihan baginda mungkin daripada enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu di mana Pas mendapat empat tempat di dalam Exco Selangor.

"Saya rasa Tony Pua lupa dengan keputusan yang kita buat dalam mesyuarat itu. Kita tidak mahu gaduh dengan perkara yang telah diputuskan oleh Sultan Selangor," katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Barisan Exco Selangor akan diwakili empat calon daripada Pas dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP.

Beliau turut memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: Pas) sekaligus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan exco berikutan penguasaan Pas serta DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dun berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
  
Sementara itu, Sinar Harian Online difahamkan, mesyuarat yang diadakan oleh PR negeri Selangor telah memutuskan dua plan atau opsyen untuk pelantikan barisan Exco negeri itu.

Antaranya lima calon Melayu dan lima calon bukan Melayu di mana tiga tempat calon Melayu adalah daripada Pas, dua tempat daripada calon Melayu PKR, empat tempat akan dimiliki oleh DAP bagi calon bukan Melayu dan satu tempat untuk PKR.

Manakala plan yang kedua nisbah calon Melayu, enam nisbah empat calon bukan Melayu, di mana empat tempat calon Melayu dimiliki oleh Pas, dua daripada PKR untuk tempat calon Melayu, tiga DAP untuk tempat calon bukan Melayu dan satu daripada PKR.

Sebelum ini, Pua yang dipetik dari portal The Malaysian Insider mendakwa, parti itu seharusnya mendapat empat kerusi Exco berbanding tiga yang diumumkan Abdul Khalid dan jawatan speker Dun.

Ps: Hehehe... seronok pulak tengok drama puak - puak Pakatan ni ek. Kata sePAKAT sangat. Tapi hakikatnya, masing - masing GILA KUASA Belaka!!!

No comments:

Post a Comment