Monday, 20 May 2013

KEADILAN DI ZAMAN ANWAR!!! NAUZUBILLAH...


Senario 1: Satu hari, seorang lelaki ditahan oleh beberapa orang pemuda yang memakai baju hitam sewaktu sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah.

Salah seorang lelaki berbaju hitam itu berkata, "Encik ditahan kerana didakwa telah melakukan kesalahan merompak sebuah kedai serba guna."

Lelaki yang ditahan bertanya, "Apa buktinya saya merompak kedai berkenaan?" Lelaki berbaju hitam itu menjawab, "Bukti? Itu kemudian kami kumpul. Kita dakwa dulu."

Senario 2: Lelaki yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke mahkamah untuk didakwa. Salah seorang lelaki berbaju hitam berkata, "Awak mengaku bersalah atau tidak?"

Lelaki yang ditahan jawab, "Tidak, saya tidak mengaku bersalah kerana tidak ada bukti sahih untuk menuduh saya melakukan rompakan tersebut."

Kemudian lelaki berbaju hitam itu mengeluarkan sebuah pita rakaman yang diambil dari kedai serbaguna tersebut dan menunjukkannya kepada Hakim.

Lelaki berbaju hitam itu bertanya lagi, "Bukan ke itu awak didalam rakaman tersebut? Dari siasatan yang telah kami lakukan, individu didalam video ini adalah awak.

Dua pakar video kami telah mengesahkan bahawa 99.99% individu didalam video itu adalah awak. Adakah awak masih lagi mahu menafikannya?"

Lelaki yang ditahan itu kemudian menjawab, "Ya! Saya tetap menafikan perkara tersebut sebab video itu besi. Mana ianya boleh dijadikan sebagai bahan bukti.

"Lagi pun, individu yang ada didalam video tu rupa je macam saya, gaya pun macam saya. Tapi dia bukan saya!!!" tegas lelaki yang dituduh tadi.

Kesimpulannya, dua senario itu jelas menunjukkan KETIDAK-ADILAN dalam sistem yang diamalkan oleh Si Ketua Penipu yang sedang dijaja sekarang ini. Pun masih ada orang yang percaya? Adakah itu yang kita mahukan? Korang fikir la sendiri!!!

No comments:

Post a Comment