Pengistiharan beberapa orang pemimpin Pas yang berpengaruh bahawa Pas memisahkan diri dari konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan dengan kekerasan adalah satu tamparan paling hebat terhadap Anwar Ibrahim yang masih dalam kegilaan hendak menjadi Perdana Menteri.
Mahfuz Omar Naib Presiden Pas cuba melawan arus ini dengan mahu mengikuti langkah Anwar untuk mengadakan perhimpunan haram di negeri Kedah. Tetapi MB Kedah yang baru Mukhriz Mahathir telah menyekatnya.
Dengan tumbangnya Anwarinas yang telah membantu mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Pas, Haji Hadi yang juga menikam Nasaruddin dengan menyokong Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden, maka kedudukan Hadi sekarang adalah goyah,ibarat telur dihujiung tanduk dan goyah menghadapi masa depan yang amat mencabar dari dalam parti.
Besar kemungkinan beliau tidak akan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden pada mukmar Pas November ini.
Sebagai seorang pemimpin ulama yang mementingkan diri, Haji Hadi telah mengikut telunjuk Anwarinas sehingga sanggup membelotkan kepimpinan ulama yang ditajanya sendiri kepada kepimpinan pluralisme yang menghancurkan Pas sebagai parti Islam.
Perubahan ketara adalah kepada suara Pas terutama Harakah dan Harakahdaily yang dulunyta memperjuangan ketulinan Islam tetapi telah bertukar menjadi suara Anwar Ibrahim dengan dasarnya dikendalikan oleh ejen besar Anwar. Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai peneraju dasarnya.
Sekali Kamaruddin Jaafar menulis sebuah rencana atas namanya sendiri tetapi kemudian memadamkan namanya untuk menyembunyikan tangan yang menajiskan Harakah.Saya sempat menyimpannya.
Bila tuntutan supaya Haji Hadi dipastikan menjadi Perdana Menteri timbul di kalangan penyokong ulama dalam Muktamar Pas yang lalu, Harakahdaily segera menidakannya dengan bijak dengan meletakan gambar Haji Hadi sedang menjala ikan dengan mengatakan Haji Hadi lebih sedia kembali menjadi nelayan dan tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri,
Kenyataan ini bukan dibuat oleh Haji Hadi tetapi Hakarahdaily yang dibawah cengkaman Kamaruddin Jaafar.
Tidak pernah ada seorang ulama Pas yang sanggup menerima penghinaan kepada taraf yang serendah ini kecuali Hadi yang mencatitkan sejarah hitam dan kotor bagi Pas demi untuk kepentingan dirinya.
Dia mendiamkan diri tanpa sepatah penapian sekalipun dihina bagitu rupa. Sebenarnya bukan beliau yang dihina tetapi seluruh kepimpinan ulama Pas. Itulah sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim dan Anwarinas terhadap ulama Pas.
Bagaimanapun keputusan Pilihanraya Umum ke 13 telah men ukarkan suasana politik dalam Pas.Pengunduran diri Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz menunjolkan kepimpinan baru Pas di Kelantan yang dengan pantas menunjukan kepimpinan yang berwibawa,tegas dan berdisplin.
Bahawa beliau tidak mempedulikan tunjuk perasaan Husam yang kecewa kerana tidak dilantik menjadi Exco Kelantan setelah kalah pilihanraya walaupun mengetahui bahawa Husam adalah anak mas Nik Aziz, dengan sekaligus membangunkan aura kepimpinan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan.
Nik Aziz juga telah menunjukan kualiti kepimpinannya yang demokratik iaitu seteah meletakan jawatannya beliau tidak mahu lagi campurtangan dalam pemerentahan negeri. Beliau tidak mempedulikan Husam tersungkur atau beliau juga sebenarnya telah terlepas beban menanggug karinah Husam sekian lama.
Semua yang berlaku sebenarnya menambahkan lagi malapetala yang menimpa Anwar Ibrahim yang sedang setengah gila gagal untuk menjadi Perdana Menteri.Masa depannya sudah tidak sama lama lagi sekalipun cuba ditutupnya dengan kekuatan demonstrasi haram sokongan orang Cina disana sini.
Perasaan benci orang PAS selain dari gulongan Anwarinas terhadap Anwar telah terdedah sekarang. Penyokong Anwarinas dibandar bandar sebenarnya kecil. Maka itu Pas terguling di Kedah dan Pas kembali memerentah di Kelantan setelah tidak membenarkan kedatangan Anwar.Kalau tidak dia boleh dakwa kerana pertulongannya.
Terengganu bukanlah kubu Pas seperti di Kelantan. Penyokong penyokong Pas, ahli ahli Pas tidak seharusnya membiarkan orang Terengganu yang telah membawa bala bencana dan menghitamkan sejarah Pas untuk terus menguasai kepimpinan Pas.
Kembalikanlah kepimpinan Pas kepada mereka yang lebih berhak dan lebih bermoral dan bukannya mengekalkan dibawah kepimpinan ulama yang bodoh sombong.
Cukuplah bagi Haji Hadi menyesatkan Pas dan umat Islam sekian lama, menconteng dasar negara Islamisme dengan negara Pluralisme ,menukarkan kempinan ulama yang diasaskannya sendiri kepada kepimpinan Anwarinas.
Biarlah Haji hadi kembali ke laut untuk menangkap ikan kerana itulah jawatan yang paling layak baginnya menurut penilaian Parti Keadilan dan Anwar Ibrahim dan Anwarinas
Masih ada Gerai di Pasar Payang Kuala Terengganu yang kosong untuknya menjual hasel tangkapannya. - Zamkata
Ps: Hantu ni biasanya orang takut. Tapi, kalau setakat jadi mayat hidup yang dok ikut telunjuk orang lain, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
No comments:
Post a Comment