Monday, 20 May 2013

AKHIRNYA, NURUL IZZAH TAMPIL MEMBEBASKAN 'KEKASIH GELAP'!!!

 
Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.

Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.

Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.

Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media. 

Ps: Dalam banyak - banyak cara untuk diorang buat, cara MURTAD tu jugak jadi pilihan ye? Bukannya diorang tak tau. Candle Vigil ni pendekatan agama Kristian.

Bukan ke umat Islam DILARANG untuk meniru atau mengikut - ikut pendekatan agama lain selain dari agama Islam sendiri? Bukan ke itu perbuatan SYIRIK?

Yang paling kita sedih, kenapa PAS sendiri tak buat Solat Hajat dan bermunajat kepada Allah S.W.T agar ditunjukkan Kebenaran? 

Ini tidak. Diorang setakat kecam macam tu je? Dan tambah memalukan ialah apabila diorang pulak sokong perbuatan Candle Vigil ni. Itu ke yang dikatakan sebagai perjuangan Islam?

MALANG NASIB ORANG PERCAYA CAKAP SI ANWAR NI YE!!!


SH kesian bebenor dengan orang yang mati - matian percaya pada Si Ketua Penipu tu. Sekarang baru la diorang sedar yang Si Ketua Penipu tu Kaki Kencing!!! Sepuluh dia cakap, sepuluh - sepuluh pun TAK BOLEH PERCAYA!!!
Mantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI), Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan menerima kekalahannya di dalam pilihraya umum-ke13 yang lalu. 

Tambah mengecewakan Jusuf yang juga merupakan sahabat karib Ketua Umum PKR itu, bilamana Anwar enggan melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang mendapat majoriti dan mandat rakyat.

Perkara tersebut disuarakan oleh bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaluddin melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu melalui agensi berita Antaranews (RI).

"Ya Tentu saja pak Jusuf Kalla kecewa tapi saya berusaha untuk cuba agar suasana seperti biasa kembali," katanya.

Menurut Hamid lagi, sebagai sahabat karib Anwar sebelum ini pernah berjanji dengan Jusuf untuk menerima dan mengawal pakatan pembangkang sekiranya kalah di dalam pilihan raya umum nanti. 

“Tetapi, hingga kini, demo demi demo protes dilancarkan di berbagai tempat. Anwar bersama pengikutnya mengesyaki (kononnya) adanya kecurangan, sesuatu yang harus dibuktikan secara undang-undang. "Namun, Anwar belum bergerak menempuh jalur itu," tambahnya lagi.

Hamid turut menegaskan semenjak dari awal lagi Anwar telah menanam persepsi ke dalam minda masyarakat bahawa pakatan akan menang dalam pilihanraya ini. 

Malah pelbagai slogan diguna pakai seperti #inikalilah, #ubah, #selamatkanmalaysia dan banyak lagi, bagi menanam persepsi ke dalam minda masyarakat.

Selain dari itu, Anwar turut menggunakan pelbagai isu khususnya yang membabitkan SPR seperti pengundi hantu dan sebagainya. 

Doktrin yang dilaungkan saban hari itu, semenjak beberapa tahun yang lalu akhirnya telah berjaya diresapkan ke hati masyarakat khususnya anak-anak muda.

Maka tidak hairanlah, apabila Anwar tidak berjaya membentuk kerajaan, isu tersebut dibangkitkan bagi menarik sokongan dan simpati rakyat untuk menolak keputusan pilihan raya ini. 

Lihat sahaja gerakan yang cuba disuburkan oleh anak muda dokongan Anwar seperti Adam Adli yang akhirnya meminta rakyat agar turun ke jalanraya untuk satu tujuan iaitu, menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Hampir saban malam, Anwar melakukan program jelajah ke setiap pelosok tanah air untuk meminta agar rakyat bangkit menumbangkan kerajaan. 

Antara ayat yang sering digunakan ialah menolak keputusan pilihan raya dan kemenangan yang telah dicuri oleh kerajaan BN/Umno.

Sedangkan secara rasionalnya, sekiranya benar kerajaan ingin melakukan penipuan, adalah mustahil pakatan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2 pertiga 3 di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. 

Dengan kekuatan negeri paling kaya di Malaysia, kekalahan BN/Umno di Selangor boleh di umpamakan menyerahkan gedung duit kepada pembangkang.

Kesimpulannya gerakan dan mobilisasi rakyat yang dilakukan oleh Anwar ini bukanlah berpaksikan kepada isu yang melibatkan SPR semata-mata, tetapi lebih merupakan gerakan untuk memenuhi impian dan harapan dirinya untuk bergelar Perdana Menteri.

APA??? 3 MAUT DI KILANG RADIASI??? BACA DULU!!!


Gempar beb!!! Hari ini diberitakan kononnya ada tragedi maut di kilang yang KONONnya memproses bahan Radiasi dekat Gebeng tu. Ketiga - tiganya disahkan mati.

Dari apa yang disampaikan, satu maut apabila tergelincir sewaktu sedang memanjat dinding lalu terjatuh ke tanah akibat kaki tersalah pijak.

Yang satu lagi maut apabila berada terlalu berada dekat dengan sumber elektrik bervoltan tinggi dan menyebabkan renjatan elektrik.

Tapi mangsa yang ketiga ini paling ngeri. Mangsa didapati maut apabila ditembak oleh pihak keselamatan kerana menceroboh pejabat tanpa kebenaran.

Dari siasatan lanjut, ketiga - tiganya maut tanpa melibatkan sebarang radiasi. Pakar radiologi mengesahkan perkara tersebut sebelum mangsa dikebumikan.

|

|

|

Salah satu mangsa yang ditemui. Ngeri beb...
Ketiga - tiga BANGKAI CICAK itu kemudiannya dicampak ke dalam sungai berhampiran. Puak - puak Himpunan Kahak Hijau yang diketuai oleh Wong Tak digesa untuk membuat demonstrasi jalanan bagi mengenang kematian ketiga - tiga ekor cicak itu!!!

Ps: Penyudahnya, jadi bahan lawak je la puak - puak Kahak Hijau ni. Dah la kalah dalam Injuksi, kalah pulak dalam PRU. Sekarang jangan pulak dia meroyan tak tentu arah!!! Hahaha...

KEADILAN DI ZAMAN ANWAR!!! NAUZUBILLAH...


Senario 1: Satu hari, seorang lelaki ditahan oleh beberapa orang pemuda yang memakai baju hitam sewaktu sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah.

Salah seorang lelaki berbaju hitam itu berkata, "Encik ditahan kerana didakwa telah melakukan kesalahan merompak sebuah kedai serba guna."

Lelaki yang ditahan bertanya, "Apa buktinya saya merompak kedai berkenaan?" Lelaki berbaju hitam itu menjawab, "Bukti? Itu kemudian kami kumpul. Kita dakwa dulu."

Senario 2: Lelaki yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke mahkamah untuk didakwa. Salah seorang lelaki berbaju hitam berkata, "Awak mengaku bersalah atau tidak?"

Lelaki yang ditahan jawab, "Tidak, saya tidak mengaku bersalah kerana tidak ada bukti sahih untuk menuduh saya melakukan rompakan tersebut."

Kemudian lelaki berbaju hitam itu mengeluarkan sebuah pita rakaman yang diambil dari kedai serbaguna tersebut dan menunjukkannya kepada Hakim.

Lelaki berbaju hitam itu bertanya lagi, "Bukan ke itu awak didalam rakaman tersebut? Dari siasatan yang telah kami lakukan, individu didalam video ini adalah awak.

Dua pakar video kami telah mengesahkan bahawa 99.99% individu didalam video itu adalah awak. Adakah awak masih lagi mahu menafikannya?"

Lelaki yang ditahan itu kemudian menjawab, "Ya! Saya tetap menafikan perkara tersebut sebab video itu besi. Mana ianya boleh dijadikan sebagai bahan bukti.

"Lagi pun, individu yang ada didalam video tu rupa je macam saya, gaya pun macam saya. Tapi dia bukan saya!!!" tegas lelaki yang dituduh tadi.

Kesimpulannya, dua senario itu jelas menunjukkan KETIDAK-ADILAN dalam sistem yang diamalkan oleh Si Ketua Penipu yang sedang dijaja sekarang ini. Pun masih ada orang yang percaya? Adakah itu yang kita mahukan? Korang fikir la sendiri!!!

HATA WAHARI BERDEMO DEPAN PEJABAT DAPigs PULAK!!!


SH rasa, itu la yang selayaknya dibuat oleh Si Hata Wahari ni setelah dia dimalukan secara terang - terangan oleh puak - puak DAPigs tu hari ini.

Siapa yang tak malu beb. Dia pukul canang kat dalam laman sosial bukan main lagi. Gempak tak ingat dunia. Ingatkan ramai sangat la yang nak ikut dia berdemo.

Sekali, bila kakitangan Utusan Malaysia tunggu depan pejabat, hanya dia sorang je yang datang untuk buat demo. Dah tak pasal - pasal je dia kena 'Boo...'.

Mana perginya geng - geng 'The Red Bean Army' DAPigs tu? Masing - masing tak berani nak tunjuk muka ke? Ke setakat berani jadi 'Keyboard Warrior' je?

Mungkin la diorang tak tunjuk muka sebab nama Mamat yang buat Gempak tu Hatta Wahari. Kalau nama dia Kit Sial ke, Tony Puaka ke, atau Terasa Cork, mungkin la diorang akan tunjuk muka!!! Jadi barua DAPigs je la standard Si Hata Wahari tu sebenarnya!!!
KUALA LUMPUR - Rancangan ahli DAP, Hata Wahari untuk mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya dia bersendirian yang hadir petang ini. 
Walaupun telah digembar-gemburkan di laman-laman sosial sejak lebih seminggu lalu namun demonstrasi yang dirancang diadakan pukul 5 petang itu itu ternyata gagal mendapat sokongan. 
Malahan kira-kira 100 kakitangan Utusan yang menanti kehadiran para pendemonstrasi itu ternyata "kecewa" apabila hanya kelibat Hata yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat itu sahaja yang hadir. 
Disambut dengan jeritan "Hidup Utusan!", "Hidup Melayu!" dan "pengkhianat" akhirnya ahli DAP itu meninggalkan kawasan ibu pejabat bekas majikannya itu kira-kira 10 minit kemudian. 
Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut merancang mengadakan perhimpunan bagi menyokong akhbar tersebut di tempat dan waktu yang sama hari ini bagaimanapun akur dengan arahan pihak berkuasa yang melarang mereka berbuat demikian.

TANAH CAMERON HIGHLAND: MB PAHANG BAGI PENJELASAN!!!


Tahniah SH ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang kerana telah mengambil insiatif yang cukup efektif dalam menjelaskan isu pasal tanah di Cameron Highland ni.

Rupanya, pihak syarikat yang diberi tanggugjawab membangunkan kawasan tersebut sudah pun membuat bayaran pampasan tahunan kepada penduduk Orang Asli yang terlibat.

Katanya, bayaran yang telah dibuat mencecah RM 4,000 bagi setiap keluarga yang terlibat. Cukup lumayan beb. Tak la macam Ladang Rakyat di Kelantan.

Bukan sahaja tanah kena tarah, malah penduduk Orang Asli pun dipaksa pindah dari kawasan yang mereka diami selama hari ini. Nak harapkan pampasan? Jangan mimpi la!!!

Dah la tanah tu diberikan kepada syarikat dari luar Negara. Rakyat sendiri pulak yang dipinggirkan. Itu yang nak dikatakan sebagai Kerajaan yang menjaga Kebajikan Rakyat? Mimpi je la kalau dengan Rejim PAS Kelantan ni!!!
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada Isnin menjelaskan penerokaan tanah seluas 24 hektar di Pos Terisu, Cameron Highlands adalah mengikut undang-undang.

Katanya perkara itu dilakukan selepas Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)mengambil alih tanah berkenaan daripada Orang Asli di kawasan terbabit, untuk dimajukan sebagai tanah pertanian.

"Kalau ada pihak yang merasakan isu ini berkaitan dengan salah guna kuasa atau rasuah sila lapor kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)... biar mereka yang siasat dan jangan buat tuduhan semberono," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan portfolio anggota majlis mesyuarat kerajaan negeridi sini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin yang mendakwa berlaku penerokaan tanah secara haram bagi tujuan pertanian di beberapa kawasan di Pos Terisu, Cameron Highlands.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands, Datuk Seri G. Palanivel dilapor berkata kementeriannya akan menubuhkan pasukan khas dengan kerajaan negeri bagi menyiasat isu penerokaan hutan secara haram di negara ini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata tindakan JAKOA menyerahkan tanah berkenaan kepada sebuah syarikat bertujuan memastikan pembangunan dijalankan secara teratur, selain mengelak penerokaan yang tidak tersusun oleh Orang Asli.

"Syarikat berkenaan juga telah membuat bayaran kepada 55 keluarga Orang Asli (yang tanahnya terlibat dalam penerokaan itu) setiap tahun bermula 2008," katanya.

Menurut Adnan, syarikat berkenaan membayar RM800 pada 2008; meningkat kepada RM1,800 pada 2009; RM 2,400 pada 2010 dan RM4,000 pada 2011.

HADI AWANG JANGAN JADI 'HANTU' DALAM PAS!!!



Pengistiharan beberapa orang pemimpin Pas yang berpengaruh bahawa Pas memisahkan diri dari konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan dengan kekerasan adalah satu tamparan paling hebat terhadap Anwar Ibrahim yang masih dalam kegilaan hendak menjadi Perdana Menteri.

Mahfuz Omar Naib Presiden Pas cuba melawan arus ini dengan mahu mengikuti langkah Anwar untuk mengadakan perhimpunan haram di negeri Kedah. Tetapi MB Kedah yang baru Mukhriz Mahathir telah menyekatnya.

Dengan tumbangnya Anwarinas  yang telah  membantu mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Pas, Haji Hadi yang juga menikam Nasaruddin dengan menyokong Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden, maka kedudukan Hadi  sekarang adalah goyah,ibarat telur dihujiung tanduk dan goyah menghadapi masa depan yang amat mencabar dari dalam parti. 

Besar kemungkinan beliau  tidak akan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden pada mukmar Pas November ini.

Sebagai seorang pemimpin ulama yang mementingkan diri, Haji Hadi telah mengikut telunjuk Anwarinas sehingga sanggup membelotkan kepimpinan ulama yang ditajanya sendiri kepada kepimpinan pluralisme yang menghancurkan Pas sebagai parti Islam.

Perubahan ketara adalah kepada suara Pas terutama Harakah dan  Harakahdaily  yang dulunyta memperjuangan ketulinan  Islam tetapi  telah bertukar menjadi suara Anwar Ibrahim dengan dasarnya dikendalikan oleh ejen besar  Anwar. Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai peneraju dasarnya.

Sekali  Kamaruddin Jaafar menulis sebuah rencana atas namanya sendiri tetapi kemudian memadamkan namanya untuk menyembunyikan tangan yang menajiskan Harakah.Saya sempat menyimpannya.

Bila tuntutan supaya Haji Hadi dipastikan menjadi Perdana Menteri timbul di kalangan penyokong ulama  dalam Muktamar Pas yang lalu, Harakahdaily segera menidakannya dengan bijak dengan meletakan gambar  Haji Hadi sedang  menjala ikan dengan  mengatakan Haji Hadi lebih sedia kembali menjadi nelayan dan tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri,

Kenyataan ini bukan dibuat oleh Haji Hadi tetapi Hakarahdaily yang dibawah cengkaman Kamaruddin Jaafar.

Tidak pernah ada seorang ulama Pas yang sanggup menerima penghinaan kepada taraf yang serendah ini kecuali Hadi yang mencatitkan sejarah hitam dan kotor bagi Pas demi untuk kepentingan dirinya.

Dia mendiamkan diri tanpa sepatah penapian sekalipun dihina bagitu rupa. Sebenarnya bukan beliau yang dihina tetapi seluruh kepimpinan  ulama Pas. Itulah sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim dan Anwarinas terhadap ulama Pas.

Bagaimanapun keputusan Pilihanraya Umum ke 13 telah men ukarkan suasana politik dalam Pas.Pengunduran diri Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz menunjolkan kepimpinan baru Pas di Kelantan  yang dengan pantas  menunjukan kepimpinan yang berwibawa,tegas dan berdisplin.

Bahawa beliau tidak mempedulikan tunjuk perasaan Husam yang kecewa kerana tidak dilantik menjadi Exco Kelantan setelah kalah pilihanraya walaupun mengetahui bahawa Husam adalah anak mas Nik Aziz, dengan sekaligus membangunkan aura kepimpinan Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz juga telah menunjukan kualiti kepimpinannya yang demokratik  iaitu seteah meletakan jawatannya beliau tidak mahu lagi campurtangan dalam pemerentahan negeri. Beliau tidak mempedulikan Husam tersungkur  atau beliau juga sebenarnya telah terlepas  beban menanggug karinah Husam sekian lama.

Semua yang berlaku sebenarnya menambahkan lagi malapetala yang menimpa Anwar Ibrahim yang sedang setengah gila gagal untuk menjadi Perdana Menteri.Masa depannya sudah tidak sama lama lagi sekalipun cuba ditutupnya dengan kekuatan demonstrasi haram sokongan orang Cina  disana sini.

Perasaan benci orang PAS selain dari gulongan Anwarinas terhadap Anwar  telah terdedah  sekarang. Penyokong Anwarinas dibandar bandar sebenarnya  kecil. Maka itu Pas terguling di Kedah dan Pas kembali memerentah di Kelantan setelah tidak membenarkan kedatangan Anwar.Kalau tidak dia boleh dakwa kerana pertulongannya. 

Terengganu bukanlah kubu Pas seperti di Kelantan. Penyokong penyokong Pas, ahli ahli Pas tidak seharusnya membiarkan orang Terengganu yang telah membawa bala bencana dan menghitamkan sejarah Pas  untuk terus menguasai kepimpinan Pas. 

Kembalikanlah kepimpinan Pas kepada mereka yang lebih berhak dan lebih bermoral dan bukannya mengekalkan dibawah kepimpinan ulama yang  bodoh sombong.

Cukuplah bagi Haji Hadi  menyesatkan Pas dan umat Islam sekian lama, menconteng dasar  negara  Islamisme dengan negara Pluralisme ,menukarkan  kempinan ulama yang diasaskannya sendiri kepada kepimpinan Anwarinas.

Biarlah Haji hadi kembali ke laut untuk menangkap ikan kerana itulah jawatan yang paling layak  baginnya menurut penilaian Parti Keadilan dan Anwar Ibrahim dan Anwarinas

Masih ada Gerai di Pasar Payang Kuala Terengganu yang kosong untuknya menjual hasel tangkapannya. - Zamkata


Ps: Hantu ni biasanya orang takut. Tapi, kalau setakat jadi mayat hidup yang dok ikut telunjuk orang lain, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!